THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 13, 2009

Aktiviti 1 ( Refleksi BIG II )

Program Bina Insan Guru ( BIG) banyak meninggalkan seribu kenangan suka dan duka dalam hidup saya, kerana diuji dari segi mental dan fizikal,antara masalah yang timbul dalam diri saya ialah kurang keyakinan diri,takut untuk menyuarakan pendapat,serta pengurusan masa yang tidak sistematik.

Oleh itu,penambahbaikan perlu dilakukan agar masalah itu sedikit demi sedikit dapat diatasi,Alhamdulillah selepas mengikuti program BIG,saya lebih berkeyakinan sedikit dan berani membuat keputusan walaupun masih pada tahap biasa...

Matlamat: Menjadi guru yang tahu menghargai orang lain,kerana untuk orang hormat kita,kita perlu terlebih dahulu menghormati orang lain..

Objektif: Menghargai masa serta pendapat orang lain.

Pelan Tindakan:
memahami permasalahan yang timbul,serta berfikir terlebih dahulu sebelum mengemukakan pendapat,di samping sentiasa muhasabh diri dari masa ke semasa,ingat setiap manusia punyai kekurangan dan kelebihan masing-masing..oleh itu guna kelebihan yang ada sebaik mungkin disamping perbaiki kelemahan yang ada.

0 comments: