THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 25, 2009

ULASAN BUKU

Tajuk : Action Research Second Edition
Penulis : Ernest T.Stringer
Tahun :1999
Penerbit: London

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Buku ini menggunakan pendekatan kolaboratif, hasil penyelidikan komuniti, menunjukkan penyiasat atau pemohonan yang membekalkan masyarakat dengan maksud mengambil tindakan sistematik untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Tindakan kajian yang berasakan penduduk ialah tindakan dua hala untuk kajian yang menyediakan orang dengan maksud sistematikkan tindakan untuk menyelesaikan masalah yang terperinci.

Fokus kajian tindakan adalah berkaitan kaedah dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan menyentuh berkaitan dengan kehidupan.

MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan perlu dilakukan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. Dengan kajian tindakan guru dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih baik, di samping merancang proses pengajaran dengan lebih berkesan, ia juga dapat mempelbagaikan
Proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkanpencapaian objektif dan dapat pula memahaminya dengan lebih mendalam.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk yang digunakan di dalam buku ini ialah dengan menggunakan model Interacting Spiral ( look, think, act). Ianya dilakukan secara berterusan.

Pemerhatian: Mengumpul maklumat yang berkaitan (mengumpul data) dengan membina gambaran situasi. Pengkaji mengumpul maklumat dengan menemu bual responden kajian dan membuat laporan.

Berfikir: Meneroka (menganalisis) apa yang berlaku.
Bertindak: Merancang, melaksana dan menilai.

Secara praktisnya, kajian tindakan merupakan proses yang kompleks.


SAMPEL/PESERTA

Sampel digunakan dalam eksperimen dan kaji selidik, ianya memberi kesan kepada perubahan terhadap status dan tugasan yang dijalankan.

Sampel dalam kajian tindakan perlu terlibat secara serius atau aktif dalam memantau dan menggerakkan proses penyelidikan.

Kumpulan dan bilangan sampel yang terlibat dalam penyelidikan perlu dikenalpasti secara jelas supaya pembaca akan memahami secara jelas sumber-sumber maklumat yang diperolehi.

Setting Kajian

Buku ini tidak menjelaskan setting kajian yang tepat yang digunakan dalam kajian tindakan tetapi hanya menyatakan cara untuk melakukan kajian tersebut perlulah di lihat kepada keadaan yang sesuai untuk melakukan penyelidikan.

Prosedur kajian tindakan

Setiap kajian yang dilakukan mestilah ada prosedur-prosedur tertentu. Prosedur itu mengutamakan langkah-langkah yang sistematik agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur untuk melaksanakan kajian tindakan ialah:

1) Mengenalpasti dan fokus kepada isu
2) Mendefinisikan masalah
3) Kaedah yang digunakan ialah eksperimen dan kajian tinjauan
4) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenalpasti
5) Mengumpul data
6) Menganalisis data


PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA

Pengumpulan data diperolehi melalui pencerapan atau pemerhatian,temu bual atau wawancara ,soal selidik terbuka dan tertutup. Wawancara ini memberi peluang dalam kajian mengikut idea tersendiri dan menguji tindak balas dan memberi peluang untk dapatkan maklumat yang terperinci

Instrumen kajian

Pengkaji mengumpul maklumat melalui:
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Dokumen


Teknik Pengumpulan Data

1) Temubual
Dalam proses menemubual, pengkaji perlu:
· mengenalpasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
· meminta izin menemu bual orang ramai dan merekod maklumat yang diperolehi
· memastikan masa yang sesuai untuk membuat perbincangan
· berunding tentang masa dan tempat yang sesuai untuk temubual jika perlu

2) Pemerhatian terhadap responden
Pengkaji merekod nota dan mengambil kira elemen-elemen seperti tempat, orang, benda, perlakuan, aktiviti, peristiwa, dan masa.

3) Dokumen
Dalam konteks penyelidikan, pengkaji boleh mendapatkan sesuatu informasi penting melalui dokumen, media, rekod, laporan rasmi,polisi-polisi,surat-surat dan sebagainya.

4) Merekod maklumat
Maklumat direkod dengan melihat kepada catatan lapangan, audio, rakaman video, fotografi dan sebagainya.

Teknik Analisis Data


ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Etika kajian adalah tatakerja atau cara untuk kita lakukan kajian mengikut panduan yg betul.kerana tatakerja dapat mengelakkan kita dari melakukan kesilapan. Etika berhubngkait dengan kaedah yang digunakan. Kita perlu menilai untuk tingkat dan pilih cara mana untuk perolehi data yg tepat dan boleh dipercayai. Pada kajian lepas, pengkaji meyakinkan maklumat yang tepat dari orang ramai dan menggunakannya untuk kegunaan sendiri. Banyak kumpulan yang terlibat dengan kajian ini enggan membenarkan pihak luar daripada kumpulan pengkaji tersebut. Sebagai pihak yang terlibat dengan penyiasatan, tindakan kajian berdasarkan penduduk berdepan dengan masalah etika yang jarang mendapat penghargaan dalam kajian dalam bidang lain.

Sesi ini menerangkan cara yang diambil oleh fasilitator untuk mengekalkan hak dan hak individu yang terlibat dalam kajian.Termasuk prosedur yang mempertahankan ketidak jaminan dalam kehidupan. Mempertahankan hak individu dan menegakkan kepemilikan yang berpatutan dan penggunaan bahan kajian.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN

Cara untuk dapatkan kaedah terbaik ialah dengan cara keboleh percayaan dan kesahan.
Kebolehpercayaan itu terbatas. Ia merupakan ujian atau prosedur dan hasil keputusan yang sama di bawah keadaan yang tetap dalam semua keadaan. Kesahan pula adalah lebih kompleks daripada kebolehpercayaan iaitu ia menjelaskan kepada kita keadaan instrumen pengumpulan data yang sebenarnya mengumpul atau mengukur maklumat yang telah dirancang.

Banyak faktor yang mempengaruhi dalam membuat pilihan untuk pengumpulan data. kunci utama kita mesti gagah untuk persembahkan. Kaedah untuk dapat maklumat yang kita cari secara praktikal. Banyak kelebihan dapat diguna pakai seperti persoalan dalam mengumpul data.seperti contoh cari kaedah melalui maklumat yang ada dengan skala masa pendek atau guna format persoalan pendek. format persoalan senang dan mudah untuk diguna pakai bagi mendapatkan maklumat.


PENILAIAN TERHADAP BUKU

Secara keseluruhannya, buku ini antara yang sesuai untuk dirujuk oleh pengkaji-pengkaji untuk tujuan kajian tindakan.

0 comments: