THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 13, 2009

Kuliah 4: 11.Mei .2009

Tajuk: Kajian kepustakaan
Dr.Siti Fatimah Mohd Yasin

Kajian kepustakaan ialah sorotan ke atas bahan seperti buku,jurnal,artikel seminar dan laporan. Dilakukan secara kritikal atas poin-poin yang dikemukakan dan perlukan pemikiran aras tinggi.

*Membanding dan membeza
*Menganalisis
*Menilai
*Membuat keputusan
*Mensintesis

Membanding dan membezakan
-Memberi persamaan dan perbezaan,berdasarkan kriteria seperti ciri,sifat,kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
kemahiran ini digunakan apabila:
1-Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
2-Membuat pilihan atau keputusan

langkah penggunaan:
1-Perhatikan dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan sampel,setting,prosedur,pengumpulan dan penganalisian data.

Menganalisis
-Menganalisis ialah 1 kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
- Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian,memahami hubungkaitan antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat

Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi baik dan buruk,berdasarkan bukti dan dalil yang sah
-Digunakan untuk memilih sesuatu serta menerima dan menolak sesuatu

Membuat Kesimpulan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian,berdasrkan sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan pernyataan
- Digunakan untuk membuat keputusan,menerangkan sesuatu,meramal dan menyokong pernyataan.

Mensintesis
-Menggabungkan idea,unsur,item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan,esei,lukisan dan artikel.

0 comments: