THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 10, 2009

KULIAH M-3 4.MEI.2009 ( TEORI PERUBAHAN )-DR.MOHD IZHAM

KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Bidang Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran-cabaran masa depan. Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian. Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda

JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan
2. Perubahan strategik organisasi
3. Perubahan reaktif
4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan adalah kompleks yang mana dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi.
Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Manakala Perubahan secara revolusi ialah Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. Model penggabungan Roger
2. Model Kanter
3. Model Rand
4. Model Acot

0 comments: